SHARE ILMU AKAUN BISNES KECIL

Saturday, 25 November 2017

4 ALASAN KENAPA PENIAGA TAK BUAT REKOD AKAUN BISNES

Sebelum ini akak ada bercerita pasal akibat buruk jika peniaga tidak membuat rekod perakaunan dan kewangan bisnes mereka.


Kali ini akak nak listkan 4 alasan biasa kenapa orang bisnes tak buat rekod akaun bisnes mereka.

Alasan 1 – “Takde masa laa nak buat rekod lagi…..”



Alasan ni memang banyak akak dengar dari orang bisnes. Sebabnya kebanyakan orang bisnes yang baru nak mula buat bisnes akan lalu fasa yang sangat sibuk. Mana nak buat marketing dan promosi, membuat jualan dan penghantaran stok.

Kalau yang buat bisnes secara part-time pulak, siang sibuk dengan kerja, malam dan hujung minggu pulak dah sibuk dengan bisnes. Bila tengah sibuk macam tu, kadang-kadang, makan pun tak sempat, lagi pulak nak duduk buat rekod duit keluar dan masuk.

Lagi pulak, segala dokumen seperti bil, resit dan invois simpan merata, pening kepala nak carik. Terus hilang semangat nak mula buat rekod.

Terus jadi serabut…dan menjerit…”Macamana nak buat rekod akaun ni..??? Huawaaaaa…!”

Alasan 2- “Tak tahu nak buat laaa. Dulu masa sekolah, tak minat subjek Akaun…”

Haaa…yang ni memang ‘common’. Alasan ni memang satu ‘mental block’ yang sangat besar. Ketakutan kepada sesuatu yang tak diketahui (fear of the unknown) itu lebih dasyat daripada perkara yang kita takut itu. Ehhh…paham tak ayat berbelit akak ni..?

Maksud akak, kita lebih takutkan idea tentang perkara yang kita tak tahu atau atau tak paham, tapi sebenarnya perkara yang kita takutkan itu tidak seteruk yang kita sangka. Jadi bila kita rasa takut pada sesuatu benda tu, badan kita akan bertindak balas, seperti jantung berdebar-debar dan badan berpeluh, terutama bila kita tengah stress. Jadi otak kita, bila badan kita signal yang kita tengah stress, dia auto akan stop dari pikir, jadi kita akan jadi malas nak buat, dan terus lengahkan kerja tu.

Ini reaksi normal manusia, jadi untuk atasi benda ni, orang yang berjaya akan tukar ketakutan tu menjadi rasa ingin tahu. Kena ubah mindset sikit.. Opps..dah jadi macam sesi motivasi laa plak.

Alasan 3- “Mana ada duit lagi nak gajikan kerani, nak beli software akaun pulak… perghh..mahal!”



Alasan ni pun biasa akak dengar. Selalu orang yang baru nak mula bisnes akan bajet untuk aktiviti pemasaran dan jualan. Jadi selalunya tak bajetkan untuk kos buat rekod akaun dan kewangan. Ini termasuk kos untuk bayar orang buat akaun atau untuk membeli software buat akaun.

Akak paham, bila nak mula bisnes tu kita akan mula dengan bajet yang rendah. Jadi fokus lebih untuk cari pendapatan, perkara lain tu tolak tepi dulu. “Nanti sale dah banyak, baru pikir..”

Alasan 4 – “Susah laa aku nak bagi orang buat kerja ni..aku tak rasa orang lain boleh buat..”

Ada sesetengah peniaga pulak, bila dah biasa buat semua kerja sendiri, merasa amat sukar untuk menyerahkan tugas menyediakan rekod kepada orang lain. Walaupun kepada pasangan kita sendiri.

Kalau dia suruh staff yang buat dia mungkin takut orang luar tahu rahsia bisnes, seperti berapa kos stok barang yang kita beli, alamat supplier kita dan juga berapa jumlah duit keluar masuk kita di bank.

Setengah orang pulak tak konfiden orang lain boleh buat kerja tu sebaik diri buat. Nak suruh pasangan sendiri buat pun tak percaya. Langsung jadi gaduh pun ada.

Ada juga yang tak suka orang lain pegang resit dan invois bisnes mereka kerana takut hilang. Alasannya bila simpan sendiri senang kalau nak cari balik.

Bila kita borak-borak dengan orang bisnes lain, biasa tak dengar ayat –ayat kat atas tu? Haaa…memang ada kannn.

Tapi sebenarnya buat akaun ni tak susah sebenarnya. Akak ada buat blog entri pasal bagaimana nak mula buat rekod akaun.

Bila dah tahu apa dokumen yang perlu ada, lagi mudah untuk mula buat rekod akaun. Tapi akak nak share satu info pasal satu sistem yang lebih mudah. Sistem ni akan memberi solusi kepada alasan-alasan di atas.


Di harapkan apa yang akak kongsikan ni bagi motivasi untuk mula buat rekod akaun. Mintak panjangkan dengan share ya.. tenkiu.