SHARE ILMU AKAUN BISNES KECIL: REVIEW TENTANG SISTEM ‘EZI AKAUN’

REVIEW TENTANG SISTEM ‘EZI AKAUN’

Kalau ada yang pernah baca entri blog akak sebelum ni, mesti ada yang pernah baca pasal sharing akak pasal satu sistem akaun yang teramat sesuai untuk peniaga baru terutama pemilik bisnes online. Nama sistem ni ialah Ezi Akaun.



Dalam entri ni akak nak kongsi sedikit pasal sistem Ezi Akaun ni dan akak akan bagi review akak pasal produk ni.

“Ezi Akaun tu apa..?”

Ezi Akaun ni sebenarnya bukanlah software sahaja. Kalau baca dalam website yang akak share kat sini, software akaun (waveapps) dalam  sistem Ezi Akaun ni sebenarnya free aje. (Kalau berminat nak beli guna link akak, akak ada offer bonus, boleh baca di perenggan akhir blog ni)

Ezi Akaun ni adalah suatu produk, yang dalamnya ada info macam mana nak mula buat akaun guna software ni. Ilmu yang ini yang mahal tu. Kalau takat software free tapi tak tahu nak guna pun, tak siap jugak jugak akaun syarikat kita. Betul tak..?

Info pasal nak guna software ini pulak diberi dalam bentuk E-Book dan video format mp4. Jadi bakal pengguna boleh pilih samada nak tengok video atau nak membaca. Iyelah, ada setengah orang dia lagi suka tengok ‘how-to’ video, dan setengahnya pulak suka baca. Terpulang kepada kehendak masing-masing.

Lagi pulak dalam sistem ni, akan jugak diberi info lain berkaitan perakaunan, untuk bagi lebih pemahaman berkenaan konsep-konsep akaun. Jangan risau, info ni tak macam kita belajar akaun kat sekolah dulu. Lebih mesra alam dek ooiii…..

Ada pulak tambahan template untuk buat gaji untuk peniaga kecik yang takde sistem nak buat gaji. Senang nak kira potongan KWSP, Socso dan PCB. Dalam waveapps sistem gaji ni kena bayar dan khas untuk penduduk di USA dan Canada sahaja. Jadi Ezi Akaun memang bagi satu sistem lengkap!

Semua info ni akan diberi dalam satu USB drive dalam bentuk kad. Memang unik! Jadi kad USB mudah nak bawak kemana-mana, dah takyah nak pakai DVD bagai..

“Siapa yang buat Ezi Akaun ni?”

Tuanpunya dan pengasas Ezi Akaun ni bukan calang-calang orang tau. Memang arif dalam bidang masing-masing. They know what they’re talking about…so don’t worry.. Ehh speaking London la pulak akak…haha.

Ini snapshot biodata pengasas dan pemilik sistem ini:



“Eh..sesuai tak Ezi Akaun ni untuk bisnes aku..?”

Secara asasnya, target pengguna sistem Ezi Akaun ni adalah peniaga Online. Memang terang-terang dari awal kat sales page Ezi Akaun dah disebut macam tu. Tapi bukan bermakna tak sesuai juga untuk peniaga offline.

Cuma lebih ditekankan kepada peniaga online sebab peniaga online ni lebih kepada ‘one-man show’ dan kebanyakan peniaga online ni yang buat bisnes ‘part-time’. Jadi, kekangan masa dan bajet adalah antara isu yang menjadi alasan kenapa peniaga tak buat rekod akaun kewangan bisnes.


Dalam blog entri akak kat atas tu, akak ada listkan alasan biasa yang kita dengar dari peniaga kenapa diorang tak buat rekod akaun syarikat. Sistem Ezi Akaun akan bantu memberi solusi kepada alasan tersebut.

So kat bawah ni akak kumpulkan aspek-aspek sistem Ezi Akaun ni akak rasa sangat berbeza dari sistem akaun yang akak pernah guna sebelum ni. Pendapat akak ni dari pengalaman akak yang pernah bekerja sebagai pembuat akaun syarikat orang lain dan akaun bisnes sendiri.

# 1 – Software Free

Rata-rata software kat pasaran sekarang ni memang nak kena beli kalau nak pakai. Tapi dalam Ezi Akaun punya sistem, software memang free seumur hidup. So yang dibeli adalah ilmu untuk guna software ni dan macamana nak guna.

So takde pakej lain dalam sistem ni, bila beli, baca dan tengok cara nak guna, terus boleh buat akaun dah.

# 2 – Integrasi dengan website online banking (Maybank/CIMB/RHB sahaja)

Kat dalam software waveapps ni kita boleh setting untuk link kan ke online banking portal akaun bank syarikat kita. Dengan cara ni kita dapat info duit keluar masuk dari akaun bank. Jadi kita tak perlu nak log-in ke portal online banking setiap kali kita nak check pembayaran dari pelanggan kita.

Info duit keluar masuk dari akaun bank kita akan terus diupdate ke dalam waveapp. Kita Cuma tinggal untuk mengenalpasti tujuan transaksi bank tersebut dan key-in di waveapp. Kalau macam ni, kita boleh bagi akses softaware ni kepada staff kita sahaja untuk check. Best kan..? Senang sikit kerja kita. Tak perlu kita bagi akses ke portal online banking kita.

Jangan risau pulak pasal keselamatan duit dalam bank kita bila kita buat sambungan ke online banking, sebab sambungan ini dibuat dengan encryption, dan tidak membenarkan apa-apa transaksi kewangan dilakukan. Hanya dapatkan data duit keluar dan masuk.

Tapi untuk masa ini, hanya ada 3 bank sahaja yang kita boleh sambungkan, iaitu Maybank, CIMB dan RHB sahaja.

# 3 – Software ni boleh diakses online (desktop dan mobile)

Yang akak paling suka, sebab kita boleh akses melalui web sahaja, jadi boleh guna desktop atau telefon pintar anda. So pengguna software akan boleh masukkan data kat mana sahaja asal ada talian internet.

Dengan cara ni kita dapat update akaun kita dengan pantas, tak perlu tunggu balik ofis atau rumah baru nak update. Kalau camni, kita update dalam kereta pun boleh, jadi terlepas pandang untuk merekod perbelanjaan yang kita dah bayar atau duit cash dari jualan yang kita dah terima.

Kalau software lain tu, dah install kat satu laptop contohnya, dah kena usung laptop tu tiap kali nak buat akaun. Banyak sangat prosedur nya pun boleh menyebabkan kita bertangguh nak buat, tambah lagi kerja ni memang kita tak suka nak buta….hmmm memang tak siap la akaun kita kann…

# 4 – Boleh upload resit terus ke waveapp

Yang ini pun satu fungsi yang akak suka sangat. Setiap resit yang kita dapat, kita boleh upload terus ke waveapps, samada melalui desktop atau guna mobile apps. Bila kita upload gambar resit tersebut, software ni akan dapat baca jumlah dan nama vendor kat atas resit je. Sebab software ni guna teknologi OCR (Optical Character Recognition).

Tapi iyelah namanya pun teknologi ciptaan manusia, jadi ada masa-masa pembacaan resit itu mungkin tidak tepat, dan ada juga mengambil masa yang sangat lama untuk diproses. Jadi kita boleh edit butiran sebelum posting ke akaun kita.

Tapi, bila kita dah upload resit tu, akak rasa dah best dah, sebab nya resit kita dah ada back-up online, jadi tak takut laa kalau hilang atau tulisan pudar.

# 5 – Ada template nak kira gaji pekerja.

Waveapps ni software international, fungsi payroll iaitu pengiraan gajinya adalah terhad kepada pengguna di USA dan Canada sahaja. Lagipun, fungsi payroll waveapps perlu bayaran sebelum dapat diakses.

Oleh kerana itu, Ezi Akaun memberikan template gaji pekerja sekali dalam satu pakej, tanpa ada sebarang tambahan kos. Dan template ini memang sesuai untuk bisnes kecil yang mempunyai maksimum 10 orang pekerja, lengkap dengan kiraan untuk potongan KWSP, Socso dan PCB.

Kalau di dalam pasaran, software untuk buat gaji ni memang takde yang murah, memang semua kena berbayar dan selalunya dijual berasingan dari software accounting. Jadi memang amat berbaloi beli sistem Ezi Akaun.

Ok, cukupla akak share kelebihan Ezi Akaun ni.


Oh ye...akak cuma nak inform yang sesape beli Ezi Akaun dari link akak ni, memang akak akan dapat komisyen. Jadi istimewa untuk pembeli bawah link akak, akak akan bagi link telegram akak untuk support jika ada sebarang masalah tentang waveapps atau nak buat akaun. 

Nak dapat link support tu kena email ke esskayent2009@gmail.com dan hantarkan bukti pembelian anda. 

Ni untuk support aje yea. Kalau nak suruh tolong buatkan akaun pun boleh, tapi ada charge lain la pulak. Tenkiu kerana membaca blog akak.







No comments:

Post a Comment