Sebelum ini akak ada bercerita pasal akibat buruk jika peniaga tidak membuat rekod
perakaunan dan kewangan bisnes mereka.
Boleh baca di sini: TAK TAU MANA PEGI DUIT BISNES?? AKIBAT BURUK KALAU PENIAGA TAK BUAT REKOD AKAUN.
Kali ini
akak nak listkan 4 alasan biasa kenapa orang bisnes tak buat rekod akaun bisnes
mereka.
Alasan ni
memang banyak akak dengar dari orang bisnes. Sebabnya kebanyakan orang bisnes
yang baru nak mula buat bisnes akan lalu fasa yang sangat sibuk. Mana nak buat
marketing dan promosi, membuat jualan dan penghantaran stok.
Kalau yang
buat bisnes secara part-time pulak, siang sibuk dengan kerja, malam dan hujung
minggu pulak dah sibuk dengan bisnes. Bila tengah sibuk macam tu,
kadang-kadang, makan pun tak sempat, lagi pulak nak duduk buat rekod duit
keluar dan masuk.
Lagi pulak,
segala dokumen seperti bil, resit dan invois simpan merata, pening kepala nak
carik. Terus hilang semangat nak mula buat rekod.
Terus jadi
serabut…dan menjerit…”Macamana nak buat rekod akaun ni..??? Huawaaaaa…!”
Alasan 2- “Tak tahu nak buat laaa. Dulu masa
sekolah, tak minat subjek Akaun…”
Haaa…yang
ni memang ‘common’. Alasan ni memang satu ‘mental block’ yang sangat besar.
Ketakutan kepada sesuatu yang tak diketahui (fear of the unknown) itu lebih
dasyat daripada perkara yang kita takut itu. Ehhh…paham tak ayat berbelit akak
ni..?
Maksud
akak, kita lebih takutkan idea tentang perkara yang kita tak tahu atau atau tak
paham, tapi sebenarnya perkara yang kita takutkan itu tidak seteruk yang kita
sangka. Jadi bila kita rasa takut pada sesuatu benda tu, badan kita akan
bertindak balas, seperti jantung berdebar-debar dan badan berpeluh, terutama
bila kita tengah stress. Jadi otak kita, bila badan kita signal yang kita
tengah stress, dia auto akan stop dari pikir, jadi kita akan jadi malas nak
buat, dan terus lengahkan kerja tu.
Ini reaksi
normal manusia, jadi untuk atasi benda ni, orang yang berjaya akan tukar
ketakutan tu menjadi rasa ingin tahu. Kena ubah mindset sikit.. Opps..dah jadi
macam sesi motivasi laa plak.
Alasan 3- “Mana ada duit lagi nak gajikan
kerani, nak beli software akaun pulak… perghh..mahal!”
Alasan ni
pun biasa akak dengar. Selalu orang yang baru nak mula bisnes akan bajet untuk
aktiviti pemasaran dan jualan. Jadi selalunya tak bajetkan untuk kos buat rekod
akaun dan kewangan. Ini termasuk kos untuk bayar orang buat akaun atau untuk
membeli software buat akaun.
Akak paham,
bila nak mula bisnes tu kita akan mula dengan bajet yang rendah. Jadi fokus
lebih untuk cari pendapatan, perkara lain tu tolak tepi dulu. “Nanti sale dah
banyak, baru pikir..”
Alasan 4 – “Susah laa aku nak bagi orang buat
kerja ni..aku tak rasa orang lain boleh buat..”
Ada sesetengah peniaga pulak, bila dah biasa buat semua
kerja sendiri, merasa amat sukar untuk menyerahkan tugas menyediakan rekod
kepada orang lain. Walaupun kepada pasangan kita sendiri.
Kalau dia suruh staff yang buat dia mungkin takut orang luar
tahu rahsia bisnes, seperti berapa kos stok barang yang kita beli, alamat
supplier kita dan juga berapa jumlah duit keluar masuk kita di bank.
Setengah orang pulak tak konfiden orang lain boleh buat
kerja tu sebaik diri buat. Nak suruh pasangan sendiri buat pun tak percaya. Langsung
jadi gaduh pun ada.
Ada juga yang tak suka orang lain pegang resit dan invois
bisnes mereka kerana takut hilang. Alasannya bila simpan sendiri senang kalau
nak cari balik.
Bila kita borak-borak dengan orang bisnes lain, biasa tak
dengar ayat –ayat kat atas tu? Haaa…memang ada kannn.
Tapi sebenarnya buat akaun ni tak susah sebenarnya. Akak ada
buat blog entri pasal bagaimana nak mula buat rekod akaun.
Bila dah
tahu apa dokumen yang perlu ada, lagi mudah untuk mula buat rekod akaun. Tapi
akak nak share satu info pasal satu sistem yang lebih mudah. Sistem ni akan
memberi solusi kepada alasan-alasan di atas.
Boleh baca di sini: REVIEW TENTANG SISTEM ‘EZI AKAUN'
Di harapkan
apa yang akak kongsikan ni bagi motivasi untuk mula buat rekod akaun. Mintak
panjangkan dengan share ya.. tenkiu.
No comments:
Post a Comment