Meniaga ni memang seronok. Lebih-lebih lagi kalau jualan kita dah mula masuk mencanak-canak. Duit pulak makin banyak di bank, mula la terpikir nak mula beli itu dan ini. Yelah, kita dah penat usaha, apa salahnya kita belanja diri kita sendiri, betul tak?
Sebenarnya tak salah kita nak keluarkan ‘gaji’ kita dari bisnes kita, tapi kita kena pastikan duit yang kita keluarkan tu betul-betul dari untung syarikat, dan kita tak merompak duit syarikat. Langsung dari untung bisnes kita, terus jadi rugi.
Jadi, macamana nak kira untung rugi syarikat?
Secara asasnya:
UNTUNG/(RUGI)
= PENDAPATAN – PERBELANJAAN
= PENDAPATAN – PERBELANJAAN
Dengan kata lain, jika duit masuk (pendapatan) lebih dari duit keluar (perbelanjaan), maka kita akan untung. Jika duit keluar lagi banyak dari duit masuk, maka bisnes dalam kerugian.
Dari sini kita tau, kita kena ada rekod perbelanjaan dan pendapatan kita. Jadi kalau kita tak simpan dokumen yang berkaitan, macamana kita nak rekod, betul tak? Boleh rujuk balik link bawah ni artikel akak tentang dokumen untuk mula buat rekod, supaya kita tahu hal ehwal duit keluar masuk kita.
1 – Buat rekod akaun boleh jadi sumber motivasi
Jadi bila kita dah ada rekod dan kita dah tahu bisnes kita untung, maka kita boleh setkan satu jumlah yang kita boleh ambil sebagai ‘gaji’ kita. Bila kita ambil duit tu pun, ia takkan ganggu aliran tunai bisnes kita. Tunai yang kita nak guna untuk bayar pembekal dan bil selainnya. Yang paling penting, dokumen yang kita simpan tu mesti lengkap jadi kita tak tertinggal nak bayar sesiapa pun yang perlu kita bayar.
Gaji yang kita bayar kat diri kita ni penting dari segi psikologi sebenarnya. Siapa tak suka dapat duit dari hasil titik peluh kita sendiri ye tak? Jadi kita akan ada lebih motivasi untuk terus berniaga.
Tapi cuba bayangkan, kalau kita tak tau bisnes kita ni untung ke tak, dan kebetulannya kita ni rugi. Pastu kita pulak ambik keluar duit dari bisnes kita sebagai gaji kita, tapi duit bisnes tu sebenarnya tak cukup nak bayar bil dan pembekal. Tak ke kita stress nak mencukupkan duit nak bayar pemiutang? Bila kita stress, dah tentulah semangat kita nak terus berniaga akan terganggu.
2 – Buat rekod akaun elakkan reputasi kita tercalar di mata pemiutang kita
Bukan saja kita hilang motivasi, reputasi kita pun akan tercalar dengan pembekal kita, dengan tuan kedai tempat kita sewa ofis dan sebagainya.
Bila kita buat rekod kewangan dengan betul, kita boleh atur bayaran kepada pemiutang kita. Janji kita adalah reputasi kita. Bila kita tepati janji kita untuk membayar pada masanya, orang akan mudah nak percaya dengan kita bila kita memerlukan tempoh kredit yang lebih panjang di masa hadapan.
Satu lagi, akak rasa kebanyakan orang buat bisnes dengan tujuan menjadi bos kepada diri sendiri (own boss) dan dapat merancang masa sendiri.
Tapi pada awal kita buat bisnes, semuanya kita kena buat sendiri, jadi masa sangat terhad. Jadi kalau tidak merancang hala tuju bisnes kita, kita akan tetap di tahap ini walaupun kita dah buat bisnes ni bertahun. Dan kita bukan muda selamanya.
Dengan membuat perancangan, kita boleh letak target jualan, merancang tenaga kerja dengan menggajikan staf dan sebagainya. Haaa…baru boleh jadi bos. Banyak faedah hanya dengan buat rekod akaun ni..betul tak?
Dari rekod keuntungan kita tu jugak, kita boleh buat perancangan, untuk keluarkan belanja untuk pelaburan dan simpanan. Ini untuk ke arah menambah pendapatan pasif untuk bisnes kita di masa depan.
Contoh, kita letak sebahagian dalam tabung ASB RM200 sebulan, dan dalam setahun, bisnes kita dah ada pelaburan sebanyak RM2400, dan setiap tahun kita dah ada pendapatan pasif. Jadi dapat menambah pulak sumber pendapatan bisnes kita.
Ada banyak kes kebelakangan ni di mana pemilik bisnes kena saman sebab tak bayar cukai pendapatan. Terutama bisnes online, bila mana bisnes ni war-warkan jualan mereka dah beratus ribu atau cecah jutaan ringgit. LHDN akan sentiasa memantau dan jika mereka syak bisnes tak bayar cukai, LHDN akan mula siasat. Bila dah tertangkap, maka akan ada denda dan sebagainya. Kalau masa tu tak dapat bayar, dah kena saman pulak. Tambah lagi satu masalah.
Kalau kita ada rekod akaun yang teratur, kita akan tahu bila kita dah layak nak bayar cukai. Jadi, sebagai rakyat yang bertanggungjawab, bayar je lah cukai kita tu.
6 – Buat rekod akaun mudahkan urusan untuk buat pinjaman bank
Bila kita mula bayar cukai pendapatan kepada LHDN, mudah jugak bagi kita nak buat pinjaman bank. Akak takdelah nak galakkan peniaga buat pinjaman bank jika tak perlu. Tapi bila bisnes kita sudah berkembang, dan kita perlu aset seperti kedai atau kenderaan syarikat, maka pinjaman bank untuk tujuan ni selalunya memerlukan rekod perakaunan yang baik. Bila kita mula membayar cukai dari pendapatan bisnes, kredibiliti syarikat kita akan lebih kukuh di mata bank.
Akak harap penerangan akak ni beri manafaat kepada pembaca semua. Maaflah kalau tajuk tu tak menepati isi, saje akak buat headline yang gempak sikit.
Sebenarnya buat akaun ni tak susah, Cuma perlu disiplin untuk konsisten dalam menyimpan dokumen dan membuat rekod.
Kalau berminat boleh jugak baca perkongsian pasal satu sistem membuat akaun yang simple untuk newbie di sini.
Baca juga: 4 ALASAN KENAPA PENIAGA TAK BUAT REKOD AKAUN BISNES
Baca juga: 4 ALASAN KENAPA PENIAGA TAK BUAT REKOD AKAUN BISNES
No comments:
Post a Comment